Saturday, August 31, 2013

bebas merdeka

nafas terlekat dalam udara mampat
lubang nyawa tersumbat
mahu lepas dan bebas
terbang tinggi
renang gembira

mahu adil untuk bangsa
mahu daulat diangkat mulia
mahu dipandang tinggi
mahu diterima, disegani

lamanya merdeka memeluk ibunda
bagai mahu berbahagia bersama
bebas ke akhir masa

Thursday, August 22, 2013

hamba cinta

dia hambakan diri pada cinta
malam dan siang dambakan asmara
kepingin dari tubuh yang binanya serba sempurna

cinta jadikan dia hamba
dengan rayu dan pujuk janjikan asyik dunia
dari bulan sampai ke bintang tinggi di angkasa
mahu dicapai sungguh lanjut di menara
malah dalamnya tiada terselam
mahu jua direnang tujuh laut bumi tua

dia dihamba cinta
leleh dan loya orang menelan pandang
hanya dia manis dan indah melayan perasaan
cinta yang memabukkan dia
lantas menghilangkan waras fikir
cinta yang merasuki dia
pantas membisukan baris kata-kata bagai tersihir

cinta menyimpai dia
abdilah sampai kering temulang
dihisap tanah merekah

Wednesday, August 7, 2013

kemenangan

rendahlah dalam kemenangan
iman ditebalkan
ikhlas dikekalkan

sebulan yang penuh sabar
kini juara meraih iktibar
selamanya sedar

dalam menang masih ada kalah
usah lalai, jangan lemah

kemenangan
takbir bersahutan
maaf bersangkutan

Sunday, August 4, 2013

Syafii

tulang-tulang dicucuk-cucuk kedinginan pagi
suhu yang rendah menaikkan nafsu
deru nafas pun meninggi

apa yang tinggal di sini
tubuh malas berbalut bulu nipis
capang telinga yang tiap hari
mendengar alun ayat suci
tapi tak tersentuh di hati

layu langkah ke air
siram malas keangkuhan yang liat

Thursday, August 1, 2013

kemerdekaan

yang kaya bertambah harta
yang miskin bertambah papa
yang buruk masih di puncak
yang mulia terus dipijak

kemerdekaan
yang tamak masih menang
yang rugi adalah aku