tag:blogger.com,1999:blog-82731186849058585472024-03-06T03:42:00.994+08:00SUFFYANRAZZAQkisah-kisah aku dan jiwakusuffyan razzaqhttp://www.blogger.com/profile/06288318839711049807noreply@blogger.comBlogger275125tag:blogger.com,1999:blog-8273118684905858547.post-81849539556288146162016-05-16T00:00:00.000+08:002016-05-26T20:59:30.996+08:00hari guru

Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik seluruh Malaysia. Semoga terus ikhlas, sabar dan amanah dalam mendidik serta membentuk anak bangsa. Tidak kiralah sama ada masih berkhidmat ataupun sudah bersara, semoga tenaga, jasa dan bakti yang dicurahkan beroleh ganjaran-Nya di sana nanti.

Buat guru2 yang telah pergi, semoga terus benderanglah cahaya taman2mu, sepertimana terangnya ilmu yang menerangi hati2 kami sehingga ke hari ini. Semoga kalian terus dilimpahi kasih sayang-Nya.

Terima kasih, cikgu. Semoga Allah terus merahmatimu.

suffyan razzaqhttp://www.blogger.com/profile/06288318839711049807noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8273118684905858547.post-9451627112645144702016-03-04T00:00:00.000+08:002016-05-26T20:57:46.265+08:00pada satu ketika dahulu

Pada satu ketika dahulu, kita hanya orang asing. Hal masing2 tidak pernah ambil pusing. Waktu itu, kita hanya lihat2 dari jauh; tanpa perlu peluh akan sesaknya jiwa untuk memikir rumus biar selesai sama2 punya keluh.

Tidak lama selepas itu, kita berkenalan. Meski tiada pernah timbul di hati biar sedikit harap, tanpa disedari langsung lama2 kita jadi lebih dan bertambah akrab. Senang kau, aku pun rasa. Susah aku, kau ada sentiasa. Hari2 yang dahulunya kosong kini bagai sudah terisi melimpah penuh. Kita saling ada menggantung patah dengan anduh, membebat luka sampai sembuh.

Seperti cerah cemerlang langit siang disinggahi awan hitam, hari2 indah kita tiba2 bertukar menjadi suram. Masa yang dilewati hanya diiring bunyi hening dan lengang, bagai menangisi sebuah kematian dengan hiba yang terlalu dalam. Tanpa suara, tanpa kata2. Diam seribu bahasa. Bibir terkatup rapat, lidah mengancing bicara.

Bagai tak diketahui, kita kembali menjadi asing; pesanan tak berbalas, panggilan tak bersahut. Punca yang dicari masih seliratnya membingungkan fikiran, telah cuba kembali ke awal permulaan tapi tiada dijumpai garisannya. Lembaran2 hari berlalu sepi. Perasaan hanya dipendam dalam hati. Jika diluah menjadi balah, jika ditelan menjadi barah. Keliru sungguh menghitungkannya kerana kita pernah erat bagai kulit dan isi terlekat, bagai tanduk dan daging terbalut kuat. Nian.

Andai inilah penyudah sementaranya, cukuplah dikenangi aku di dalam doa2mu. Semoga yang baik2 sahaja buat kita, dan seisi dunia.

suffyan razzaqhttp://www.blogger.com/profile/06288318839711049807noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8273118684905858547.post-2468142236588144182015-05-01T03:00:00.000+08:002015-05-08T18:04:45.664+08:00diniharigelap hening

lena diulit mimpi

ada jiwa yang masih berjaga

sukar difahami kata-kata

jauh tersimpang

bening sunyi

sejuk menggigit kulit

menyiat hati

hulurkan wajah ke jendela

kota yang penuh kepuraan

diselit kecil jujur dan tipu helah

haloba menjadi pemandu hidup

yang kaya terus di atas

yang miskin bersungguh, berpulas

sakit pening jua dikerah-paksa

dalam dinihari

aku belajar

usaha pasti memberi jaya

yang ikhlas adalah pemenangnyasuffyan razzaqhttp://www.blogger.com/profile/06288318839711049807noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8273118684905858547.post-15482163368132188212015-04-01T20:20:00.000+08:002015-05-07T16:34:44.344+08:0020masih santun

masih merdu

masih jaya

masih cinta

lemparlah cela

palitlah domba

siramlah sengketa

senyum kekal bersisa

apa saja dialuni

apa saja ditangani

apa saja disentuhi

jadi sakti

bagai bersalut tuah tak terhenti

jayalah

cerlanglah

jangan henti lagukan melodimu

kerana nadanya mendakap tenang dihatiku

suffyan razzaqhttp://www.blogger.com/profile/06288318839711049807noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8273118684905858547.post-55232349504931579312015-03-21T00:00:00.000+08:002015-05-08T17:46:20.421+08:00sajak cintaaku kehilangan madah

untuk kucumbu-kucupkan buatmu

cinta hatiku

bait-bait seni mana yang dapat

ceritakan rasaku terhadapmu

cinta yang melampaui cinta

kasih yang menjangkaui sayang

buntu aku meski lengkung bulan

setia meneman di langit kelabu

aku cintaimu

sepenuh hati

hanya takdir

dan maut

pemisahnyasuffyan razzaqhttp://www.blogger.com/profile/06288318839711049807noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8273118684905858547.post-88203418666241231162015-02-25T00:00:00.000+08:002015-05-07T16:41:38.067+08:00erti diriberdiri di atas kakiku

pada subur tanah-Mu

mencari erti

dan diri

bulan menggantikan hari

yang bertukar ganti kisahnya

manis atau pahit

ditelan dan dihadam sendiri

di pintu manakah

akan terlangkah kaki

di tangan siapakah

nasib dan ajal dipanggil

berkatilah hidupku

meski seribu tahun lagi

tak mahu kusiakan

suffyan razzaqhttp://www.blogger.com/profile/06288318839711049807noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8273118684905858547.post-55586328890792592462015-01-31T00:00:00.002+08:002015-05-31T10:41:11.658+08:00kayuh laju-laju vkayuh laju-laju

sampai kaki kejang

apa dalam baju

cinta penuh jurang

kayuh laju-laju

sampai hujung jalan

apa dalam baju

rindu pada tuan

kayuh laju-laju

mahu pintas masa

apa dalam baju

kitab-kitab dosa

kayuh laju-laju

kayuh sampai penat

apa dalam baju

sayang penuh ketat

kayuh laju-laju

biar sampai bintang

apa dalam baju

hanya kamu sorangsuffyan razzaqhttp://www.blogger.com/profile/06288318839711049807noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8273118684905858547.post-24408737629892669892015-01-17T00:00:00.000+08:002015-05-31T10:20:42.555+08:00sepi di sudut jendelamasih aku di sini

membilang sepi

lewat pemergianmu

dijemput Ilahi

bagai semalam

kukucup tanganmu

dan kau usap rambutku

bahagianya aku ketika itu

rasa tiada kata terungkap

tawa dan tangismu

aku jadi saksi

tunjuk ajarmu

jadikan diri aku kini

enaklah lenamu

dalam tamanmu

doa terus kukirimkan

pada angin yang lembut berkunjung

di sepi sudut jendela hatiku

suffyan razzaqhttp://www.blogger.com/profile/06288318839711049807noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8273118684905858547.post-53511700701424808512015-01-08T00:00:00.000+08:002015-05-31T10:34:53.468+08:00hatiku kau luka lagihatiku kau luka lagi

darahnya mengalir deras

membasahi dada

membanjiri hiba

apakah kesilapanku

hingga begini kau lakukan

luka lama tiada berbebat

malah kau dalamkan peritnya

andai sampainya waktu

perpisahan yang mengakhiri kita

kemanakah akan kau bawa

piala kejam kemenanganmu

tiada penjelasan

mahu kau dengar

aku terima semua

air mata jua

tiada terhilangkan kesan di pipisuffyan razzaqhttp://www.blogger.com/profile/06288318839711049807noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8273118684905858547.post-21767903269927374122015-01-01T00:00:00.000+08:002015-01-12T17:43:35.172+08:00dua tahun di Kota Lumpurselut dan lintah

memamah tanah

lembah rezeki

penuh tipu, duri

kanan dan kiri

manis laku

diperkotak katikkan

sumbang lagu

dipuji juri

senyap bisu

dipijak keji

lantang selalu

dibenci

dua tahun di Kota Lumpur

masih hijau di sini

kekal desa di hati

semoga yang indah-indah saja!

suffyan razzaqhttp://www.blogger.com/profile/06288318839711049807noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8273118684905858547.post-28968971274581055522014-08-31T07:00:00.000+08:002014-09-02T21:23:40.460+08:00merdeka dan akuZaman prapersekolahan, erti Merdeka ialah lari keliling rumah pengasuh sambil kibarkan bendera gula-gula dan jerit "Mendeka! Mendeka!". Sekonyong-konyong, kaki tersadung pada akar pokok dan jatuh tergolek dog. Menangis dan meraung sebelum ditenangkan anak pengasuh. Dibebatnya luka di lutut, disapunya minyak gamat pada bilur di dahi dan di telapak tangan. Kemudian, sambung semula lari-lari dengan bendera gula-gula yang sudah patah.

Zaman sekolah rendah, erti Merdeka ialah bangun pagi dan tunggu depan kaca televisyen nak tonton siaran langsung perarakan kemerdekaan. Waktu itulah nak lihat aset-aset polis, tentera, bomba..juga model-model baharu kereta Proton. Juga nak tengok apa yang SPB Raja Permaisuri Agong pakai. Juga nak tengok budak sekolah mana yang baca ikrar. Juga menangis sewaktu lagu Negaraku dimainkan. Tahun 1997 dan 1998 antara yang paling diingati sebab amat terasa kemajuan semakin didakapi negara. Meskipun ketika itu harga getah dunia rendah, namun, hidup di Felda sedikit selesa. Anak-anak dara keliling kampung bekerja di kilang-kilang besar di Seremban. Setiap minit ada saja bas-bas kilang yang lalu di depan rumah. Anak-anak teruna keliling kampung pula tidak lagi melepak di simpang-simpang jalan main gitar kapok nyanyi lagu Isabela sambil hisap rokok dan makan kuaci. Kebanyakan mereka menyertai tentera darat. Malaysia Boleh!

Zaman sekolah menengah, Merdeka ialah pergi ke sana-sini deklamasikan sajak. Ermmm...

Zaman universiti, Merdeka ialah duduk bilik senyap-senyap dan jangan keluar kolej/rumah sebab jalan jem. Tengok kembang api daripada tingkap dan kira berapa das letupan, berapa duit yang dibazirkan...huu.

Sekarang? Masih tonton siaran langsung. Masih duduk rumah senyap-senyap. Masih baca sajak sambil lari-lari dengan bendera gula-gula dalam hati. Masih menangis apabila kata "Merdeka" dilaungkan pembaca ikrar. Masih terdetik di fikiran andai bukan lahir di sini, apakah keselesaan dan keamanan dapat dirasai.. *shed tears*

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-57 buat semua rakyat Malaysia. Di mana jua berada, di sinilah lahirnya sebuah cinta. Mendeka! Mendeka!

suffyan razzaqhttp://www.blogger.com/profile/06288318839711049807noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8273118684905858547.post-62227534922894043022014-07-13T23:00:00.000+08:002014-08-04T19:06:18.143+08:00Gaza di matakudentum kanan dan kiri

sekolah dan masjid jadi bidikan

si angkuh durjana

ayah kehilangan anak

isteri kehilangan suami

tiada hala, hanya bala menambah hiba

mendahului binatang

membelakangi kesiuman

tiada kemanusiaan, hanya syaitan menjadi raja

aku yang membaca dan mendengar

di dada berita, di layar khabar

pilu kerana tiada kemampuan membantu

hanya doa dipanjat mengiring kesejahteraan

air mata di hujung ekor kanta

remuk jiwa menelah nasib Gaza

suffyan razzaqhttp://www.blogger.com/profile/06288318839711049807noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8273118684905858547.post-68780259398302313432014-07-05T19:00:00.000+08:002014-07-05T19:00:01.265+08:00kenangan Ramadansetiap kali menjelang masuk waktu berbuka puasa, pastinya akan terkenang saat-saat bersama arwah abang dan kakak-kakak membantu arwah emak menyiapkan hidangan. arwah abang akan ke kedai runcit membeli keperluan. kakak-kakak kemudiannya akan menguruskan bahan-bahan sebelum dimasak arwah emak, selain menjerang air dan menanak nasi. aku pula menghampar tikar, menyusun pinggan di tepi bintang berisi gelas/cawan dan jag-jag air serta mangkuk setangan. dulang kosong akan diletakkan di tengah-tengah tikar sebelum piring-piring berisi lauk-lauk pilihan hari tersebut dihidangkan.

ketika itu, air jando pulang dan kuih kelepung sudah dikira istimewa. arwah emak pasti akan menyediakan tauhu sumbat sebagai pembuka selera buat kami sekeluarga. apabila sudah masuk waktu berbuka, ayah akan memimpin bacaan doa. semestinya kurma didahulukan, air sejuk diutamakan.

kini, semua itu menjadi kenangan. kakak-kakak sudah berhijrah mengikut pasangan masing-masing. ayah pula sudah menemukan juadah berbuka yang baharu. aku membawa diri ke ibu kota konon-konon mahu mencari diri dan membina hidup sendiri.

semoga arwah abang dan arwah emak terus berbahagia dan bersenang-lenang di taman mereka. air jando pulang, kuih kelepung dan tauhu sumbat akan terus subur dalam ingatan.

selamat berbuka!

suffyan razzaqhttp://www.blogger.com/profile/06288318839711049807noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8273118684905858547.post-80591348146472277392014-06-28T19:30:00.000+08:002014-06-29T08:53:38.895+08:00Kareem iitelah tiba fajar baharu

bulan penuh keberkatan

biar dipenuh dengan ikhlas

dari tulus hati yang bersih

mahu dicari manisnya bulan

membentuk iman, menyubur amalan

mahu diisi sebanyak ibadah

meningkat percaya, menambah rahmah

bersiramlah kasih-Mu di halaman dadaku

kembang mewangi bebunga patuhku

teruslah memilihku mendampingi-Mu

ke akhir usia mengagungkan-Mu

suffyan razzaqhttp://www.blogger.com/profile/06288318839711049807noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8273118684905858547.post-70476353328936159562014-05-04T00:00:00.000+08:002014-05-04T19:48:46.074+08:00peperangan bintangpedang dan burung besi

di atas cakerawala tiada penghujung

perang dan kekacauan

di atas bintang idam semua makhluk

hunuskan senjatamu ke udara

depani musuh dengan hati waja

kelak menang wilayah terbela

andai kalah bangsa merana

dalam licik gerak dan langkah

ada musuh bertopeng di wajah

tidak tahu siapa yang benar

tidak peduli siapa yang salah

dari bintang ke bintang

perang masih berjalan

atas nama keamanan

entah bila akan berakhir

moga terbayar segala pengorbanan!suffyan razzaqhttp://www.blogger.com/profile/06288318839711049807noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8273118684905858547.post-5207122218168690382014-04-27T00:00:00.000+08:002014-04-27T09:46:12.540+08:00pasar bukudari bahu jalan

ditinggalkan

nota beberapa keping

tiada nilai

langkah kaki hati-hati

manusia kanan dan kiri

ruang selesa jadi sempit

mahu cari yang dihajati

mahu beli yang diimpi

bersalaman, bertanda tangan

urusan bertukar perkenalan

yang lebar bertambah ramping

yang muat semakin sendat

bila dapat yang dihajati

hampa cerita mengatasi kebenaran

pasar buku jadi ketaksuban

pemburu kata yang sekerdil hama di mata-Nyasuffyan razzaqhttp://www.blogger.com/profile/06288318839711049807noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8273118684905858547.post-74292722503743103092014-04-20T12:00:00.000+08:002014-04-27T09:50:40.510+08:00bukan yang penting lagibukan engkau penting lagi dalam hidupnya

pesanan tak berbalas

panggilan tak bersahut

agenda lengkap tanpa ada engkau

dalam lingkungan

bukan engkau penting lagi dalam hatinya

ingatan terpadam

sejarah terlupa

kenangan perlina

cerita tamat tanpa ada engkau

dalam layarnya

bukan engkau penting lagi dalam

semua lembaran harinya

engkau sudah mati padanya

dalam keserakahan dia mengejar

cinta duniasuffyan razzaqhttp://www.blogger.com/profile/06288318839711049807noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8273118684905858547.post-77423472443892036232014-04-13T23:00:00.000+08:002014-04-15T11:50:57.551+08:00kisah ringkas persahabatan kitabertemu kembali kita

pugar kenangan lama

cerita rancangan semasa

kita ketawa dalam pemanduan

sesat mencari pengakhiran

berhenti di persimpangan

bertanyakan jawapan, mencari kepastian

panas dan hujan menjadi latar

suara kita yang tinggi dan mendatar

gurauan dan usikan

jadi pengikat perkenalan

moga kita terus melengkapi

biar apa pun gelaran diri

suffyan razzaqhttp://www.blogger.com/profile/06288318839711049807noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8273118684905858547.post-6098733943903419412014-04-06T07:30:00.000+08:002014-04-06T19:49:11.170+08:00kayuh laju-laju ivkayuh laju-laju

sampai puncak gunung

apa dalam baju

gulai lemak baung

kayuh laju-laju

biar habis letih

apa dalam baju

kobis lemak putih

kayuh laju-laju

hendak kejar masa

apa dalam baju

pundak lebar sasa

kayuh laju-laju

jangan pernah henti

apa dalam baju

angan ubah hati

kayuh laju-laju

cari jalan pulang

apa dalam baju

jari tanpa tulangsuffyan razzaqhttp://www.blogger.com/profile/06288318839711049807noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8273118684905858547.post-89898904206998221082014-04-01T18:00:00.000+08:002014-04-01T18:05:13.381+08:0019pandang dari jauh

cahayamu masih terang

ke sudut terkecil hatiku

kau terobos

lagukan hari mundurku

dengan irama bundarmu

alunkan rentak pelbagai

hiburkan semua

sendiri atau ramai

dipuja, di atas takhta

moga berjaya ke akhirnya

hiburkan seisi duniasuffyan razzaqhttp://www.blogger.com/profile/06288318839711049807noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8273118684905858547.post-26803339846431971182014-03-31T17:56:00.000+08:002014-04-01T18:02:06.350+08:00langit-Nyalayarkan kasihmu kepadaku

kemudi cinta ini bersamaku

ke Firdaus, ke Na'iim

kekal kita melengkapi

meski sengketa menindan perhubungan

kita kendali penuh hemah

meski sentosa membunga hari

beringatlah kita dalam ketaksuban

pegang tanganku erat dan tertawalah

inilah lingkup nikmat kita

di bawah langit-Nya

suffyan razzaqhttp://www.blogger.com/profile/06288318839711049807noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8273118684905858547.post-47533401605903018052014-03-27T17:55:00.000+08:002014-04-01T18:05:48.944+08:00orang ketigajumpa dalam gelap

tempat sunyi dari bunyi

tiada mata memerhati

meski tahu ada yang meneliti

bangga dan mahu dibanggakan

atas nama seorang penyelamat, penaik semangat

atau pengingat langkah atas litar mana kaki melangkah

raikanlah ke puncak

yang tiada tingginya dapat didaki

orang yang tidak ketahui

cinta dan asmara kita

jadilah pemula dan pengakhiran

setiap inci kulitku, milikmu

suffyan razzaqhttp://www.blogger.com/profile/06288318839711049807noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8273118684905858547.post-81374434564377866782014-03-22T11:41:00.001+08:002014-03-22T11:44:48.835+08:00rezeki dan kemanusiaanrezeki yang disiram Mikail

membanjiri tanah-Nya

sedikit atau banyak bahagian kita

hanya syukur membunga di hati

apalah yang tinggal pada tangan yang memberi

doa tanpa putus daripada penerima

jadi penyelamat waktu tanah memamah daging

apalah yang kurang pada tangan yang memberi

dengan ikhlas dan kasih sesama manusia

segeluk dicedok setelaga menanti

kitalah yang mahu diperakui manusia

tanpa sedar memadamkan kemanusiaansuffyan razzaqhttp://www.blogger.com/profile/06288318839711049807noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8273118684905858547.post-12160067149707324512014-03-16T20:30:00.000+08:002014-03-16T20:30:00.022+08:00370hilang tanpa cerapan

gusar menemukan jawapan

malang yang tiada terhidu

hanya Dia yang tahu

hiba dirasa

duka bersambut air mata

hari yang berlalu menambahkan pilu

persoalan berganti andaian datang bertalu

temu di selatan, ke selatanlah kita

tampak di selat, ke selatlah kita

menjangkaui sempadan, sama debar menanti

melebihi garisan, terus sama sabar mencari

apa yang timbul dalam makrifat

hanya kabur menunjuk sifat

kerah ikhtiar ke semua sudut

doa dan tawakal kekal berpaut

kepada tuhan terus berserah

moga terungkai jawab musibah

suffyan razzaqhttp://www.blogger.com/profile/06288318839711049807noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8273118684905858547.post-14024369948317766162014-02-25T00:00:00.000+08:002014-03-16T19:20:09.293+08:0028aku menanggalkan kelongsong usia

di luar pintu kenangan setahun lalu

lantas bersimpuh di dada-Nya

menghitung leka dan cela

menelah indah dan rahsia

tahun mendatang

tidak aku tuntut bungkusan mewah

tidak aku harap sambutan meriah

cukup dikenangi aku di dalam setiap doamu

dan dihargaiku dalam senang susahmu

semoga yang baik-baik sahaja buat aku

dan seisi duniasuffyan razzaqhttp://www.blogger.com/profile/06288318839711049807noreply@blogger.com0