hari yang berlalu
tanpa suara, tanpa kata-kata
diam seribu bahasa
bibir yang terkatup
lagi terkancing peti suaranya
diam, hibanya dalam
sukarnya hidup tanpa peduli
darah yang sama mengalir
belum pasti mahu menghulur
apatah lagi rahim yang lain
ihsan akan tamat jua
pada langit yang terbentang
dimanakah rezeki untukku akan jatuh
pada laut yang luas tak nampak sempadan
dimanakah anugerahku akan terbit
doa yang berjuntaian ku kirim
apakah di tengah jalannya yang menghalang
diam
bahasa yang berlalu
hibanya terlalu dalam
No comments:
Post a Comment