renung nasib tepi jendela
betapa hidup penuh parut dan luka
kepayahan yang pahit
terlalu payah untuk ditelan dan diharungi
sedih, mengapa nasib begini
hidup adakalanya terlalu sukar
dan selalunya amat mencabar
susah dan lelah yang menekan dada
sabar tetap tinggi di hati
kerana ada orang yang lebih daif lagi
menangis di baringan sepertiga malam
meminta dan memohon tanpa sesal
apa hari yang akan lahir warnanya indah
ataupun kelabu dan hitam makin bertambah-tambah
dengarlah tangisan aku
terlalu dinanya di matamu
No comments:
Post a Comment