jalanku menuju kamu
isyaratnya bernyala laju
jejantasnya tinggi
terowongnya rapi
bersatu menuju kamu
bisik kanan kiri
tak peduli lagi
aku mahu kembali
atas sendiri
Saturday, August 4, 2012
Friday, August 3, 2012
beriku cintamu
ada yang istimewa
dalam bayu yang menyapa
pandanglah ke mataku
ayuh mulakan
legakanku
pusingkan tubuh, beriku gembira
palu gendang dan tabuh
beriku cinta
ada yang istimewa
dalam cahaya yang cerah
tataplah ke wajahku
teruskan, meski perlahan
kau tahuku sudah sedia
merangkul canda cinta
beriku semua
aku mabuk dalam cintamu
semuanya kau berikan padaku
dalam bayu yang menyapa
pandanglah ke mataku
ayuh mulakan
legakanku
pusingkan tubuh, beriku gembira
palu gendang dan tabuh
beriku cinta
ada yang istimewa
dalam cahaya yang cerah
tataplah ke wajahku
teruskan, meski perlahan
kau tahuku sudah sedia
merangkul canda cinta
beriku semua
aku mabuk dalam cintamu
semuanya kau berikan padaku
Thursday, August 2, 2012
Ayah
yang membawa ke dunia
asal jadiku penuh rahsia
yang mendepakan tangan
sambut lahirku penuh gembira
tanpa bicara di bibir
kita berkata di hati
ku genggam erat tangan tuamu
betapa terhutangnya aku
sedih dan sepi yang disimpan di hati
sunyi dan hiba yang tak berganti
ku fahami dan dalami
samaku jua berkabung perasaan
samaku menangis dan merintih kecil
pandangan yang kau lempar jauh
ke matiku hutangimu
asal jadiku penuh rahsia
yang mendepakan tangan
sambut lahirku penuh gembira
tanpa bicara di bibir
kita berkata di hati
ku genggam erat tangan tuamu
betapa terhutangnya aku
sedih dan sepi yang disimpan di hati
sunyi dan hiba yang tak berganti
ku fahami dan dalami
samaku jua berkabung perasaan
samaku menangis dan merintih kecil
pandangan yang kau lempar jauh
ke matiku hutangimu
Wednesday, August 1, 2012
tamar dan popiah
ulas-ulas hitam
di atas piring sisi bunga
pembuka jamu hari
batang-batang rangup
di tepi mangkuk kuah merah
penambah rasa dulang
tiap kalinya
inilah yang mesti ada
meski ini yang pertama tanpanya
hidup diteruskan jua
pilu dan sayu
siapa yang peduli
di atas piring sisi bunga
pembuka jamu hari
batang-batang rangup
di tepi mangkuk kuah merah
penambah rasa dulang
tiap kalinya
inilah yang mesti ada
meski ini yang pertama tanpanya
hidup diteruskan jua
pilu dan sayu
siapa yang peduli
Tuesday, July 31, 2012
cahaya
terlihat aku akan cahaya
sinarnya bisa silaukan mata
pandukan aku ke arah betul
dari tenggelam menuju timbul
cahaya terang cerahkan hidup
bawa isyarat berjuta maksud
berkemilauan
capai tanganku dan pimpin ke puncanya
sinarnya bisa silaukan mata
pandukan aku ke arah betul
dari tenggelam menuju timbul
cahaya terang cerahkan hidup
bawa isyarat berjuta maksud
berkemilauan
capai tanganku dan pimpin ke puncanya
Monday, July 30, 2012
iman
di hati kita senipis bawang
di mata orang setebal kamus
di hati kita serapuh dahan mati
di fikir orang seampuh keluli
kita hidup membina iman
belum separuh sudah runtuh
kalaupun bisa diwarisi
masih tak mampu memberi erti
iman di dada
tiada yang tahu
hanya Dia
di mata orang setebal kamus
di hati kita serapuh dahan mati
di fikir orang seampuh keluli
kita hidup membina iman
belum separuh sudah runtuh
kalaupun bisa diwarisi
masih tak mampu memberi erti
iman di dada
tiada yang tahu
hanya Dia
Sunday, July 29, 2012
aku berjalan di taman kecil
aku berjalan di taman kecil
pokok-pokok kering menghiasi
layu tak berair
rumpai melata
aku berjalan di taman kecil
pasu-pasu pecah memenuhi
retak dan belah sama banyaknya
tanahnya tak bergembur, tak berbaja
rumpai liar kucabut satu demi satu
pasu pecah kuganti baru
gemburkan tanah guyurkan air
moga taman kecil kembali berseri
dan bunga kembang yang wangi memenuhi
di sinilah aku belajar
memandang tangan-tangan mulia bekerja
mengasihi makhluk menyayangi alam
berbudi ke tanah labanya melimpah
aku berjalan di taman kecil
bunga berkuntum
daun hijau malar
buah meranum
ranting dan dahan sihat dan berzikir
tanah subur rumput melandai laman kerikil merah
segarlah
bugarlah
mahu aku lewatimu lagi
pokok-pokok kering menghiasi
layu tak berair
rumpai melata
aku berjalan di taman kecil
pasu-pasu pecah memenuhi
retak dan belah sama banyaknya
tanahnya tak bergembur, tak berbaja
rumpai liar kucabut satu demi satu
pasu pecah kuganti baru
gemburkan tanah guyurkan air
moga taman kecil kembali berseri
dan bunga kembang yang wangi memenuhi
di sinilah aku belajar
memandang tangan-tangan mulia bekerja
mengasihi makhluk menyayangi alam
berbudi ke tanah labanya melimpah
aku berjalan di taman kecil
bunga berkuntum
daun hijau malar
buah meranum
ranting dan dahan sihat dan berzikir
tanah subur rumput melandai laman kerikil merah
segarlah
bugarlah
mahu aku lewatimu lagi
Saturday, July 28, 2012
bila mana kita kembali jadi asing
sewaktu dahulu kita asing
tidak ambil pusing
lihat dari jauh
tanpa peluh
kita berkenalan
jadi akrab
susah aku kau pun rasa
senang aku kau ada sentiasa
hari kosong bagai terisi penuh
kini diam
senyap bagai pilu menampar hidup
detik kenangan selalu menjelma
memberi tanda bahawa kita bahagia bersama
bila mana kita kembali menjadi asing
rasa hanya terpendam di hati
inilah penyudah sementaranya
tidak ambil pusing
lihat dari jauh
tanpa peluh
kita berkenalan
jadi akrab
susah aku kau pun rasa
senang aku kau ada sentiasa
hari kosong bagai terisi penuh
kini diam
senyap bagai pilu menampar hidup
detik kenangan selalu menjelma
memberi tanda bahawa kita bahagia bersama
bila mana kita kembali menjadi asing
rasa hanya terpendam di hati
inilah penyudah sementaranya
Friday, July 27, 2012
hidup bukan seindah impi
aku mahu sempurna
dari celik mata
ke penutupnya
bahagia dalam hidup
cemerlang di sekolahan
dihargai, dikasihi
namun
hidup bukan seindah impi
dikhianati, dibelakangi
dibenci
tumbuk dan tendang
sepak terajang
sakit, lebam dan luka
mainan seharian
namun
syukur masih di hati
dirahmati, diberkati
dilindungi
sudah cukup untuk menikmati
hidup sebelum tibanya mati
dari celik mata
ke penutupnya
bahagia dalam hidup
cemerlang di sekolahan
dihargai, dikasihi
namun
hidup bukan seindah impi
dikhianati, dibelakangi
dibenci
tumbuk dan tendang
sepak terajang
sakit, lebam dan luka
mainan seharian
namun
syukur masih di hati
dirahmati, diberkati
dilindungi
sudah cukup untuk menikmati
hidup sebelum tibanya mati
Thursday, July 26, 2012
gambar
petik peranti rakamkan detik
manis, pahit, jaya dan gembira
gambar yang pegun beribu maknanya
cerita sebaliknya menyentuh hati kita
gambar
menjadi kenangan
ditatap bila rindu
disimpan kerana sayang
satu dua tiga
sebut keju sentiasa
klik!
manis, pahit, jaya dan gembira
gambar yang pegun beribu maknanya
cerita sebaliknya menyentuh hati kita
gambar
menjadi kenangan
ditatap bila rindu
disimpan kerana sayang
satu dua tiga
sebut keju sentiasa
klik!
Wednesday, July 25, 2012
guna otak untuk berfikir
sebelum bercakap
gunalah otak untuk berfikir
sebelum bertindak
gunalah otak untuk berfikir
sebelum menghukum
gunalah otak untuk berfikir
kalau begitulah nilai sijilmu
tak pernah aku kagumi pun
gunalah otak untuk berfikir
sebelum bertindak
gunalah otak untuk berfikir
sebelum menghukum
gunalah otak untuk berfikir
kalau begitulah nilai sijilmu
tak pernah aku kagumi pun
Tuesday, July 24, 2012
yang akhir
bila jadi yang akhir
tidak semudah sangka
perlu cerna banyak perkara
suara perintah datang dari pelbagai arah
menjadi yang akhir
sukar, terlalu sukar
ditelan payah, diluah pun payah
dibiar bersalah, dilayan kalah
kita kalau yang akhir
barulah mengerti
tekanan yang hadir dari setiap sisi
tidak semudah sangka
perlu cerna banyak perkara
suara perintah datang dari pelbagai arah
menjadi yang akhir
sukar, terlalu sukar
ditelan payah, diluah pun payah
dibiar bersalah, dilayan kalah
kita kalau yang akhir
barulah mengerti
tekanan yang hadir dari setiap sisi
Monday, July 23, 2012
perasaan
perasaan itu amat seni
dari hati pancar ke wajah
dan laku anggota atas bawah
perasaan itu sukar diterjemah
tiada terluah dengan perkataan
tiada terkata dengan percakapan
perasaan itu ada masanya
perlu disimpan, dipendam
kerana itulah sebaiknya
jika dan hanya jika
kamu dapat mengerti semua
terima kasih kerana memahami
atau mencuba untuk mendalami
Sunday, July 22, 2012
penolak
hidup ada banyak penolak
rebah dan bangun sama banyak
yang mahu kita berjaya teruskan cita
yang ingin kita tersungkur tamatkan cerita
penolak
tak kira kita berduit
atau dalam sedih
mereka ada di sisi
memberi semangat dan menambah tekanan
serta bebanan yang berpanjangan
terima kasih penolak
atas usaha dan percayamu
jumpa di sana
rebah dan bangun sama banyak
yang mahu kita berjaya teruskan cita
yang ingin kita tersungkur tamatkan cerita
penolak
tak kira kita berduit
atau dalam sedih
mereka ada di sisi
memberi semangat dan menambah tekanan
serta bebanan yang berpanjangan
terima kasih penolak
atas usaha dan percayamu
jumpa di sana
Saturday, July 21, 2012
Ramadan
terik yang menggigit kulit
ada semilir sepi mengiringi
aku yang sebatang karah
hanya mampu terpugar segar
kenangan Ramadan lalu menjelma
satu-satu dalam samar warna
hijau, biru, kelabu, jingga
rindu
betapaku mahu
mahu kembali ke masa lalu
ini yang pertama
tanpa tercinta
bertabahlah
hikmah tersisip jua
ada semilir sepi mengiringi
aku yang sebatang karah
hanya mampu terpugar segar
kenangan Ramadan lalu menjelma
satu-satu dalam samar warna
hijau, biru, kelabu, jingga
rindu
betapaku mahu
mahu kembali ke masa lalu
ini yang pertama
tanpa tercinta
bertabahlah
hikmah tersisip jua
Thursday, May 31, 2012
tipu
sekali tipu selamanya seteru
hilang percaya kisah beribu
sekali tipu ke akhirnya benci
rasa pedih di hati
tipu kanan ringankan timbang
tipu kiri bebankan catitan
tipu depan hilang kawan
tipu belakang lupa tuhan
tipu itu dosa
balasnya neraka
hilang percaya kisah beribu
sekali tipu ke akhirnya benci
rasa pedih di hati
tipu kanan ringankan timbang
tipu kiri bebankan catitan
tipu depan hilang kawan
tipu belakang lupa tuhan
tipu itu dosa
balasnya neraka
Wednesday, May 30, 2012
hanya kamu di dadaku
fajar baru menanti
di langit timur setia bersenyum
gigi laut menyambut lembut
hari baru yang pasti
di subuh sejuk hamparkan doa
moga sejahtera ke akhirnya
hati yang hitam, putihkan
jiwa yang gelap, terangkan
akal yang beku, cairkan
lancarkan tiap tapak langkah
sadurkan kasih, sirami sampai basah
hanya ada kamu
dalam dadaku
ke akhir hayat
di langit timur setia bersenyum
gigi laut menyambut lembut
hari baru yang pasti
di subuh sejuk hamparkan doa
moga sejahtera ke akhirnya
hati yang hitam, putihkan
jiwa yang gelap, terangkan
akal yang beku, cairkan
lancarkan tiap tapak langkah
sadurkan kasih, sirami sampai basah
hanya ada kamu
dalam dadaku
ke akhir hayat
Tuesday, May 29, 2012
kita sama
hari cerah kita gembira
hari mendung kita sugul lara
hari terik kita sorak tempik
kita tawa sama suka
kita durja sama luka
kita hiba sama duka
langkah bersama
seiring bahu depa
satu rasa
kita sama
hanya beza iman di dada
hari mendung kita sugul lara
hari terik kita sorak tempik
kita tawa sama suka
kita durja sama luka
kita hiba sama duka
langkah bersama
seiring bahu depa
satu rasa
kita sama
hanya beza iman di dada
Monday, May 28, 2012
pelukku dengan sayapmu
kesempitan hidup bukan perlu
dihebahkan pada dunia
simpan rapi dalam hati
hadapi
kesedihan jiwa bukan perlu
ditunjukkan pada semua
rintih sendiri, hiba sendiri
ratapi
muliakan laku
sembunyikan kesakitan langkah
dalam meneruskan hidup duka
usah diam kaku
bunyikan kesaksian hikmah
dalam meluruskan hidup noda
terangilah bebahu jejalanku
terus pelukku dengan sesayapmu
dihebahkan pada dunia
simpan rapi dalam hati
hadapi
kesedihan jiwa bukan perlu
ditunjukkan pada semua
rintih sendiri, hiba sendiri
ratapi
muliakan laku
sembunyikan kesakitan langkah
dalam meneruskan hidup duka
usah diam kaku
bunyikan kesaksian hikmah
dalam meluruskan hidup noda
terangilah bebahu jejalanku
terus pelukku dengan sesayapmu
Sunday, May 27, 2012
bukan mahu
kalaupun kita bisa berdua
dayanya sukar untuk bersama
usah sangkaku salah
biarkanlah
aku dapatimu
bukan mahu meraih cinta
sekadar ingin teman bicara
aku rapatimu
bukan mahu merintih manja
sekadar ingin berkongsi tawa
menyisih duka dan air mata
mengubat luka, mengikis nestapa
dayanya sukar untuk bersama
usah sangkaku salah
biarkanlah
aku dapatimu
bukan mahu meraih cinta
sekadar ingin teman bicara
aku rapatimu
bukan mahu merintih manja
sekadar ingin berkongsi tawa
menyisih duka dan air mata
mengubat luka, mengikis nestapa
Saturday, May 26, 2012
kau
permintaan kau diperkenankan-Nya
keinginan kau dikabulkan-Nya
impian kau dimakbulkan-Nya
hidup kaya bertambah kaya
geliga bertambah cairnya
kau
paling wajah dari-Nya
tidak sujud pada-Nya
tidak ikut suruhan-Nya
hanya nikmati larangan-Nya
kau
lidah kesat
hati hasad
jiwa kesumat
kiri berat, amat
kau
cakap orang
hina orang
buruk orang
keji orang
maki orang
kau
kahwin sana
kahwin sini
tanpa nikahi
ambil cermin suluhlah muka kau
bukan elok sangat
binatang jalanan lebih suci
tak usah pura-pura malaikat
murahan
keinginan kau dikabulkan-Nya
impian kau dimakbulkan-Nya
hidup kaya bertambah kaya
geliga bertambah cairnya
kau
paling wajah dari-Nya
tidak sujud pada-Nya
tidak ikut suruhan-Nya
hanya nikmati larangan-Nya
kau
lidah kesat
hati hasad
jiwa kesumat
kiri berat, amat
kau
cakap orang
hina orang
buruk orang
keji orang
maki orang
kau
kahwin sana
kahwin sini
tanpa nikahi
ambil cermin suluhlah muka kau
bukan elok sangat
binatang jalanan lebih suci
tak usah pura-pura malaikat
murahan
Friday, May 25, 2012
rambut hitam
yang berjalan bawah mentari
mana dapat lari dari bayang diri
yang berlari jaraknya batu berpuluh
mana hanya tiada berpeluh
yang lena berulit lazat basah
mana tahu bukan nafsu mendesah
kita rambut hitam sama
hati saja yang lain
mana dapat lari dari bayang diri
yang berlari jaraknya batu berpuluh
mana hanya tiada berpeluh
yang lena berulit lazat basah
mana tahu bukan nafsu mendesah
kita rambut hitam sama
hati saja yang lain
Thursday, May 24, 2012
oh, ikal mayangku!
oh, ikal mayangku!
bila bertiup bayu
menghalang pandangan mataku
oh, ikal mayangku!
bila bersiram salju
sejuk rasanya jemalaku
oh, ikal mayangku!
ku sisirmu semahuku
lengkok liukmu gembirakanku
oh, ikal mayangku!
sampai kini waktu
perluku tebas cambah-cambahmu
oh, ikal mayangku!
akan kurindukan kamu
bila bertiup bayu
menghalang pandangan mataku
oh, ikal mayangku!
bila bersiram salju
sejuk rasanya jemalaku
oh, ikal mayangku!
ku sisirmu semahuku
lengkok liukmu gembirakanku
oh, ikal mayangku!
sampai kini waktu
perluku tebas cambah-cambahmu
oh, ikal mayangku!
akan kurindukan kamu
Wednesday, May 23, 2012
cinta mati
laut luas
selalu keras
kapal besar
selalu gusar
bintang malap
selalu lelap
hati gelap
selalu silap
cinta ada
selalu muda
cinta mati
samalah mati
selalu keras
kapal besar
selalu gusar
bintang malap
selalu lelap
hati gelap
selalu silap
cinta ada
selalu muda
cinta mati
samalah mati
Tuesday, May 22, 2012
sesudah tersedut manis
harapkan laut hanyalah gelora
badai membelah terpisah semua
harapkan hati hanyalah dusta
khianati kasih helahkan asmara
cinta lebih dari memberi
sama berkongsi jadam dan duri
cinta lebih dari bermimpi
sama memandang nyata yang pasti
bila hidup berladam intan
lari bagai terbang di awan
bila hidup berkarang rawan
tangis ibarat tumbang bertindan
kalau mahu menyedut manis
sudah dapat jadi seteru
badai membelah terpisah semua
harapkan hati hanyalah dusta
khianati kasih helahkan asmara
cinta lebih dari memberi
sama berkongsi jadam dan duri
cinta lebih dari bermimpi
sama memandang nyata yang pasti
bila hidup berladam intan
lari bagai terbang di awan
bila hidup berkarang rawan
tangis ibarat tumbang bertindan
kalau mahu menyedut manis
sudah dapat jadi seteru
Monday, May 21, 2012
Subuh sejuk
gigil tubuh digigit kesejukan udara pagi
ketar-ketar jemari, ketap-ketap baris putih gigi
curahkan secebok air ke pangkal dada
sejuknya menikam, mencengkam nyawa
apa harga untuk kegigihan
ada di sana tentunya ganjaran
asa usahlah biar hanya terpercik kecil di hati
kemaskan iltizam, emaskan cinta murni
gunung besar jadi butir pasir
laut luas jadi kontang kering
sorakkan gugus setia menentang perdaya
biar kaya, emas bergantungan hanya laba dunia
ranumkan setia
harumkan kuntum cinta
ketar-ketar jemari, ketap-ketap baris putih gigi
curahkan secebok air ke pangkal dada
sejuknya menikam, mencengkam nyawa
apa harga untuk kegigihan
ada di sana tentunya ganjaran
asa usahlah biar hanya terpercik kecil di hati
kemaskan iltizam, emaskan cinta murni
gunung besar jadi butir pasir
laut luas jadi kontang kering
sorakkan gugus setia menentang perdaya
biar kaya, emas bergantungan hanya laba dunia
ranumkan setia
harumkan kuntum cinta
Sunday, May 20, 2012
gantungkan aku
campaklah aku ke laut
biar jadi pulau kecil
untuk kau senang berlabuh di telukku
lontarkan aku ke langit
biar jadi bintang terang
untuk kau senang pandu arah kapalmu
gantungkan aku di angkasa
jadi kejora sakti
untuk kau senang mudik di malam gelita
percayalah ke atas kesudianku
yang menerima kesingkatanmu
dan mengakui kecintaanmu
libur di pantai kita berdua
dalam kayuhan menuju akhir ketika
biar jadi pulau kecil
untuk kau senang berlabuh di telukku
lontarkan aku ke langit
biar jadi bintang terang
untuk kau senang pandu arah kapalmu
gantungkan aku di angkasa
jadi kejora sakti
untuk kau senang mudik di malam gelita
percayalah ke atas kesudianku
yang menerima kesingkatanmu
dan mengakui kecintaanmu
libur di pantai kita berdua
dalam kayuhan menuju akhir ketika
Subscribe to:
Posts (Atom)