apalah subur tanah pada ladang
yang terbiar
kering, tak berbenih batasnya
baja pun tak tertaburkan
masakan anak mahu bertunas
apalah gemerlapannya istana
yang terbiar
hanya rangka, tak berlekat batanya
pasir pun tak terbancuhkan
masakan dinding mahu berlimas
keterbengkalaian
danau emas pun tiada maknanya
laut lepas jua tak berdayungkan
harum debunga tiada terpetik
lalu sendiri menyembah bumi
jangan biarkan terus
dalam keterbengkalaian
luahkanlah perasaan
mainkanlah gerak dan peranan
sudahkan kisah pelayaran
No comments:
Post a Comment