senggang ada kalanya girang
dalam hilai teman, tawa taulan
cerah sentiasa
sempurna
senggang ada ketikanya walang
dalam sunyi taman, senyap laman
suram dan kelam
tenggelam
bila senggang ingati tuhan
alunkan suci
lengkapkan hati
mati itu pasti
senggang perlu padu isi
tersenyum pulang nanti
makmur disemadi
No comments:
Post a Comment