selepas enam pagi
bakar sekeping roti
bikin semangkuk kopi
lahap dengan sopan
biar terkoyak sepadan
nanti senang hadamkan
kuak daun tingkap
sedut udara sedap
hembus segala asap
pandang ke atas
senyum tanda puas
syukur pun meluas
hari selepas enam
jiwa kekal tenteram
hati bersih dendam
No comments:
Post a Comment