kayuh laju-laju
sampai pecah peluh
apa dalam baju
hanya kulit lusuh
kayuh laju-laju
biar hati riang
apa dalam baju
buku hutang orang
kayuh laju-laju
mahu sampai lekas
apa dalam baju
bulu belum tebas
kayuh laju-laju
jangan langgar lopak
apa dalam baju
kulit corak sopak
kayuh laju-laju
nanti peluh gila
apa dalam baju
hati penuh cinta
No comments:
Post a Comment