jaga lebih awal daripada penggera
teguk sedikit air pelancar cerna
sucikan tubuh dalam dan luar
pancurkan air meski sejuk ketar
pilih sarung elok bertenun
padan bersama baju temurun
semburkan wangian kegemaran
harumnya membangkit ketaqwaan
lajukan langkah
zikir buat pembasah lidah
umpamanya ini Subuh terakhir
tanda janji tak pernah mungkir
No comments:
Post a Comment