selamat tinggal Persiaran Permai
aku pergi bersama luka
serta duka bersarang saratnya
pada jiwa dan di kantung lara
selamat tinggal Persiaran Permai
aku pergi bersama setia
serta suka berkarang larat
pada hati dan di gantung peribadi
terima kasih untuk semuanya
tawa yang kau bungakan
hiba yang kau percikkan
akan aku rindui sesak jalananmu
serta bau basah selepas lebat hujanmu
selamat tinggal Persiaran Permai
nanti aku datang lagi
bila kau mahuku kembali
No comments:
Post a Comment