Thursday, September 13, 2012

teman setia

ke mana saja aku hayunkan langkah
tetap setia kau temani
biar ke bangunan bertingkat tinggi
atau ke utara negara
setia kau menemani

yang aku nangiskan sedih
kau katakan sabar
yang aku jeritkan girang
kau katakan ujian
yang aku umpilkan nikmat
kau suruh beringat

di sinilah kau dan aku
sama melengkapkan
kesetiaanmu untuk kekal meneman aku sanjungi
apalah darjatku tanpamu di sisi tuhan

kerana kau masih setia
aku pilih kau jua temaniku sampai sudah

No comments: