Sunday, April 21, 2013

semalam

semalam
telah berlalu
kenangan yang indah
antara kita

kita
semalam bersama
lewati masa
rapatkan cinta

cinta
kita berdua
ke hujung masa
selama-lamanya

selamanya
cinta kita
bagai semalam
bersama

Saturday, April 20, 2013

pemalu

duduk di sudut, tersipu
tundukkan kepala, malu
senyap, tiap cadang disetuju
senyum, tiap tanya dijawab begitu

berdiri di bucu, kedu
kelipkan mata, keliru
oleskan pipi, gerutu
berbunga di hati, tiada yang tahu

rendah diri, nama kecil mahu dipandang besar
rendah hati, budi sedikit tak mahu diluas-sebar
tinggi ilmu, diam bukan bermakna jumud
tinggi akal, satu langkah bagai seribu hikmah

aku pemalu
sering pada waktu yang betul
selalu di tempat yang salah

Sunday, April 14, 2013

rupanya hujan di tengah hari

kalau panas sampai ke petang
jemuran pasti kering
ayam dan itik tak kesejukan
bayang nyiur jadi teduhan

rupanya hujan di tengah hari
banjir melanda serata negeri
tiap amalan mati
terkunci tangan dan kaki

hujan itu rezeki
berlimpah nikmat tak terceritakan
usah keluh malah syukurlah
ada tanah yang gersang
bukan tanda dibenci tuhan
hanya sekadar menguji keimanan

hujan di tengah hari
pelangi di senja menanti

Saturday, April 13, 2013

atmosfera

aku terawangan di udara
ringan dan lampung berserak sini sana
melayang ikut arah angin
yang sekejap lurus, sekejap berpusing-pusing

di atasku awan
di bawahku tanah
laut dan bukit di tengah-tengah
gunung sayup di hujung lembah

debu dan habuk melekat
pasir dan kuping kayu menghambat tubuh
apa gerangan jika mahu berapungan di atmosfera tuhan
kalau tidak mahu tempuhi dugaan, tentangan

dalam atmosfera
selalu panas
sekejap redup

Monday, April 8, 2013

tulisan di atas kertas percuma

tulisan memualkan aku baca berkali-kali
di atas kertas murah tercetaknya buat aku nanar
dan pusing serta pening di kepala, marah di hati
batin mahu buang jauh nukil murahan
zahir mahu terus hadam, terus sedut meski mahu pitam

percuma, siapapun tak mahu ketinggalan
gumpal-gumpalkan dengan geram, gemas
bagai syaitan merasuk di telinga

tulis, semua mampu
baca, semua keladak

Sunday, April 7, 2013

amanah

memegang amanah
usah rela kalau susah
nanti di sana lelah, gelisah

memegang amanah
usah khianati kepercayaan
nanti hilang kawan, bertambah lawan

memegang amanah
usah ambil mudah
nanti undang padah, payah

amanah
seisi dunia beratnya
kau tanggung ke akhir zaman

Thursday, April 4, 2013

lelaki yang di dalamku

bila menang, bangga
tanda usaha tak sia-sia
bila kalah, redha
tanda jiwa tak ada asa

bila berkata-kata, fikir
jangan menghukum takdir
bila beramal, sembunyi
ikhlas hanya perlu simpan di hati

lelaki yang di dalam aku
kekallah jadi diri sendiri

Wednesday, April 3, 2013

sahaja aku

telapkan air ke atas anggota
tertib diturut doa dipinta
moga semua serba sempurna
menuju hadap Yang Maha Esa

hampari tikar atas lantas hidup
tetapkan hati
bulatkan janji

sahaja aku

Tuesday, April 2, 2013

dan April pun tiba lagi

legar di garis masa
perhati mainan manusia
sekejap imannya mengatasi wali
sekejap syaitannya mendahulu iblis

pembelit kata-kata punya masa
memikir helah dan mencipta peluang
penyanjung ketuhanan punya usaha
menghilang kegusaran dan berkongsi nipis bawang

baik buruk laku memang tak layak kuadili
tapi tipu daya, adu dombamu buat aku disakiti

dan April tiba lagi
sedikit pun tidak kau mahu berubah

Monday, April 1, 2013

lapan belas

sudah sunti
kembang wangi
mana pergi
harum seri

sudah timba
banyak laba
sudah tinta
banyak lara

lapan belas
penuh kisah
moga terus
terbang megah