Thursday, August 22, 2013

hamba cinta

dia hambakan diri pada cinta
malam dan siang dambakan asmara
kepingin dari tubuh yang binanya serba sempurna

cinta jadikan dia hamba
dengan rayu dan pujuk janjikan asyik dunia
dari bulan sampai ke bintang tinggi di angkasa
mahu dicapai sungguh lanjut di menara
malah dalamnya tiada terselam
mahu jua direnang tujuh laut bumi tua

dia dihamba cinta
leleh dan loya orang menelan pandang
hanya dia manis dan indah melayan perasaan
cinta yang memabukkan dia
lantas menghilangkan waras fikir
cinta yang merasuki dia
pantas membisukan baris kata-kata bagai tersihir

cinta menyimpai dia
abdilah sampai kering temulang
dihisap tanah merekah

No comments: