Friday, March 30, 2012

merah cuka

kalau aku ini gelandangan
apakah takdirku salah
atau aku lemah
tak mahu mencuba

kalau aku ini sampah
apakah jadiku silap
atau aku sesat
dalam bekas berulat

aku mohon pimpin
kenali akar budi
jangan hanya tahu adili

maaf bukan semudah lupa
insaf jua tak sesedap dosa
darah kita sama merahnya
hanya manismu mencuka

No comments: