Monday, August 6, 2012

ada

kerana kau aku ada di sini
kerana aku kau setia menanti

ada aku untuk kau oles kucup
ada kau untuk aku kembang kuncup

kau ada dalam hatiku melekat kuat
aku ada dalam mimpimu berkilat likat

waktu yang memisahkan
ada kau dalam kerdip mataku
rindu yang membataskan
ada aku dalam kerlip bintang-bintangmu

cukuplah ada kau untuk aku
kerana telah aku dan selamanya lengkapimu

No comments: