Sunday, April 15, 2012

cikgu

percaya nusa di bahunya
buku ringkasan setia dibimbitnya
rotan nipis sehasta juga

pakainya biasa lagak tenang sentiasa
senyum di wajah selalu berbunga
bahasanya sopan namun ada tegas bersama

sabarnya lebat ikhlasnya padat
mahu dibentuknya jadi sebaik-baik umat

No comments: