Monday, April 2, 2012

pinjamkan hati

pinjamkan hatimu
mahu aku selam
sampai karam

sukar kutafsir warnamu
mahu aku selidiki
ku pohon, pinjamkan hati

seri wajah dan corak jiwa
mana ketemu titik serupa
hati sehitam arang
kesumat berbelang

pinjamkan hati
mahuku dalami

No comments: