Tuesday, May 1, 2012

kerja

terbitnya fajar di langit timur
bawa cahaya penuh menyubur
seisi dunia bersiram nikmat
bangkit bekerja perah keringat

lajukan langkah menuju masa
arahkan hati
bulatkan jati diri

kerja ini tiada sudahnya
lagi dicangkul bagai tak tergali pamahnya
tiada tercebak akan teresnya
harus terpupuk di banir akarnya

cabutkan rumpainya
gemburkan tapaknya
siramkan air segayung dua
biar basah ke umbi puncanya

kerja bagai mahu mati
dan takkan bangkit lagi

No comments: