Friday, May 4, 2012

sehelai

sehelai baju yang basah
bila disidai di bawah panas hari
pasti akan kering jua
meski warnanya akan pudar
tetap khidmatnya ditagih ke akhirnya

sehelai kertas putih yang kosong
bila dilarikan mata pena di atasnya
pasti akan tercoret jua
kalau madah manis
atau ilmu tingkat tinggi
tetap terciptanya untuk memberi

sehelai rambut yang terdedah
bila dilihat ajnabi
pasti akan tercatit jua di kiri
dan di sana nanti
ganjarannya menanti

sehelai kain yang kosong
kitalah pemakainya
kerana itulah takdir kita

No comments: